Polisi Privasi

Bahagian ini menggariskan dasar privasi syarikat kami terhadap data sensitif pelanggan kami. Kami komited dalam memelihara privasi peribadi anda dan kami akan memberi usaha yang terbaik kami untuk menjaga kesahihan, keselamatan dan integriti data peribadi dan maklumat anda. Di bawah, anda akan mendapati perlindungan komprehensif kami tentang bagaimana kita mengurus, mengendalikan, memindahkan dan menggunakan data peribadi anda dan maklumat dengan mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010 (PDPA) dengan ketat.

Kami boleh membuat perubahan atau pindaan kepada Polisi Privasi kami pada bila-bila masa dengan mematuhi undang-undang privasi Malaysia dan tanpa apa-apa bentuk notis kepada anda. Kami meminta bahawa anda melawat semula bahagian ini seklali-sekala.

Kemas kini terakhir: Febuari 9, 2017

Notis Privasi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010

Di Info Trek Sdn Bhd, kami mengendalikan dan melihat data peribadi anda dengan serius. Selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“dengan Akta"), Notis Privasi ini dikeluarkan untuk memaklumkan kepada anda berkenaan dengan data peribadi anda (seperti yang ditakrifkan di bawah) ("Data Peribadi") yang sedang dan / atau akan diproses oleh atau bagi pihak kami dan juga untuk memaklumkan hak anda dalam hal ini.

Pengetahuan Anda

Semasa anda berurusan dengan Info Trek Sdn Bhd dan ejen-ejen yang disahkan (berikutnya dirujuk sebagai, “kami” sebagaimana di dalam kes ini), kami akan meminta anda memberikan data dan maklumat berkenaan diri anda. Dengan:

  1. menerima kami untuk menyediakan perkhidmatan;

  2. berkomunikasi atau berinteraksi dengan kami;

  3. membuat sebarang urus niaga dengan kami;

  4. melayari atau menggunakan laman web kami; atau

  5. melawat pejabat kami,

Anda membenarkan pemprosesan Data Peribadi anda oleh kami atau bagi pihak kami. Dalam hal ini, istilah "pemprosesan" merujuk kepada maksud sebagaimana yang ditetapkan dalam Akta, termasuk (tetapi tidak terhad kepada) mengumpul, merekod, mempunyai, menyimpan, menggunakan.

Penerangan/Sifat Data Peribadi

Data Peribadi merujuk kepada maksud sebagaimana yang ditetapkan dalam Akta dan ia adalah termasuk maklumat berkenaan anda, seperti nama, umur, nombor kad pengenalan, nombor pasport, alamat, jantina, tarikh lahir, butir-butir asas anak, status perkahwinan, pekerjaan , julat pendapatan, maklumat hubungan, alamat e-mel, majikan, bangsa, etnik, kewarganegaraan, pilihan gaya hidup dan pilihan media.

Tujuan

Data peribadi yang anda berikan akan dikumpulkan, digunakan dan lain-lain akan diproses oleh kami untuk antara lain, untuk tujuan yang berikut:

  1. untuk menjalankan urus niaga (perjanjian atau lain-lain) untuk pembelian produk / perkhidmatan dengan anda;

  2. untuk penghantaran notis, perkhidmatan atau produk dan pemasaran sebarang perkhidmatan atau produk kepada anda;

  3. untuk prosedur pengurusan perhubungan pengguna/pelanggan;

  4. untuk tujuan yang dinyatakan secara spesifik dalam sebarang perkhidmatan atau produk yang ditawarkan oleh kami;

  5. untuk menjalankan aktiviti pemasaran dan aktiviti pemprofilan pengguna berhubung dengan perkhidmatan dan produk yang berkaitan oleh kami;

  6. untuk penyimpanan rekod dalaman kami;

  7. untuk kutipan bayaran yang belum dijelaskan;

  8. untuk mengelakkan kegiatan jenayah (termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram, rasuah);

  9. untuk memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan produk oleh kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan sebarang undang-undang yang terpakai, peraturan, arahan, perintah mahkamah, undang-undang kecil, garis panduan, pekeliling, kod yang berkenaan kepada kami atau mana-mana kumpulan syarikat kami;

  10. untuk tujuan berkaitan dengan mana-mana atau daripada perkara di atas termasuk tetapi tidak terhad kepada penyelidikan, penanda aras, analisis statistik dan tinjauan kepuasan pelanggan);

  11. untuk membolehkan kami menghantar maklumat kepada anda melalui e-mel, kaedah telekomunikasi (panggilan telefon atau pesanan teks) atau media sosial tentang produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga tertentu yang kami anggap mungkin menarik minat anda tetapi semasa berbuat demikian kami akan terus mengawal Data Peribadi anda dan kami tidak akan mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak ketiga tanpa kebenaran terdahulu anda;

  12. untuk perkhidmatan selepas penjualan, seperti program-program pelanggan setia;dan/atau

  13. untuk tujuan perancangan berkaitan dengan produk-produk akan datang, pelancaran produk baru dan aktiviti-aktiviti termasuk acara promosi bersama syarikat-syarikat dan rakan kongsi perniagaan dalam penawaran produk kami.

Sumber

Kami akan mendapatkan Data peribadi anda secara langsung daripada anda atau daripada majikan anda. Di samping itu, kami juga boleh mendapatkan data peribadi anda dari pelbagai sumber lain tetapi tidak terhad kepada sumber-sumber berikut :

  1. perjanjian, borang dan dokumen lain yang anda telah tandatangani dan / atau yang diberikan kepada kami dan / atau yang boleh kami akses;

  2. Rakan kongsi perniagaan atau kumpulan syarikat dan/atau pihak lain yang berurusan dengan kami;

  3. di mana-mana acara, seminar, persidangan atau ceramah yang diadakan oleh kami;

  4. kaedah lain yang menepati undang-undang dan / atau carian melalui pihak berkuasa / badan / agensi yang berkaitan dan / atau agensi pelaporan kredit dan / atau badan-badan lain / agensi yang dibenarkan undang-undang untuk mengumpul, menggunakan dan / atau memproses Data Peribadi anda; dan/atau;

  5. dari cookies yang digunakan di laman web kami.

Hak Akses dan Pembetulan

Anda boleh memohon akses kepada Data Peribadi anda (pada caj yang ditetapkan), dan / atau membetulkan Data peribadi yang tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan terkini, jika perlu. Sebarang permohonan dan juga pertanyaan atau aduan anda berhubung Data Peribadi anda bole diajukan kepada Eksekutif Khidmat Pelanggan kami di +603-7954 8130 atau kepada techcenter@info-trek.com

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan kami menggunakan Data Peribadi anda untuk tujuan lain selain daripada tujuan maklumat yang anda telah berikan kepada kami, anda boleh memaklumkan kepada kami dengan menulis email kepada kami ke techcenter@info-trek.com, dan kami akan mengambil tindakan yang munasabah untuk memenuhi permintaan anda.

Sekiranya kami tidak menerima sebarang e-mel daripada anda dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh sebarang notis ini, kami akan beranggapan bahawa anda telah meluluskan penggunaan data peribadi anda mengikut notis ini. Walau bagaimanapun, anda boleh menamatkan kelulusan ini pada bila-bila masa.

Pendedahan kepada Pihak ke-3

Data peribadi yang diberikan kepada kami secara amnya adalah rahsia tetapi dengan ini anda bersetuju dan membenarkan kami untuk memberi atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak di dalam kategori berikut.

  1. sesiapa yang perlu dimana kami dikehendaki berbuat demikian di bawah undang-undang atau sebagai tindak balas kepada agensi berwibawa atau agensi kerajaan;

  2. mana-mana syarikat-syarikat berkaitan dan anak syarikat kami termasuk yang ditubuhkan di masa hadapan.

  3. rakan kongsi perniagaan dan anggota gabungan syarikat kami yang menyediakan perkhidmatan atau produk berkaitan berhubung dengan perniagaan kami;

  4. agensi-agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;

  5. juruaudit, perunding, akauntan, peguam kami atau penasihat professional kami yang lain;

  6. penyedia perkhidmatan atau pembekal produk pihak ketiga kami yang ditentukan sebagai perlu atau sesuai oleh kami

Hak Untuk Menghadkan Pemprosesan Data Peribadi

Tertakluk kepada hak dan sekatan sebagaimana yang ditetapkan di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, anda boleh pada bila-bila masa menghadkan pemprosesan Data Peribadi anda termasuk meluaskan Data Peribadi dan / atau tujuan ia diproses dengan memberikan notis bertulis kepada kami, dihantar sendiri atau dihantar melalui pos berdaftar kepada kami di alamat kami

Info Trek Sdn Bhd
Unit 350, 3rd Floor Amcorp Mall,
18 Persiaran Barat,
46050 Petaling Jaya, Selangor.

Sementara itu, kami juga ingin menyatakan bahawa butir-butir / kandungan Keterangan / Perihal Data Peribadi (dalam Perenggan 2), Tujuan (Perenggan 3) dan Kategori orang yang mana data peribadi mungkin didedahkan (Perenggan 6) adalah diberikan oleh anda dan kami tidak boleh menasihatkan perincian/ kandungan kerana maklumat tersebut adalah sangat berkait rapat dengan aktiviti operasi / perniagaan anda yang mana berada dalam domain eksklusif anda.

Kesan Kegagalan Membekalkan Maklumat Peribadi

Data Peribadi diberikan secara sukarela kepada anda. Walau bagaimanapun, untuk memenuhi syarat-syarat tertentu untuk membuat kontrak, adalah wajib untuk anda memberikan Data Peribadi sebelum sebarang proses jualan dapat dipenuhi.

Kegagalan untuk membekalkan Data Peribadi akan: -

  1. menyebabkan kami tidak dapat menyediakan anda dengan notis, perkhidmatan dan / atau produk yang diminta;

  2. menjejaskan keupayaan anda untuk membuat apa-apa perjanjian yang perlu berhubung dengan pembelian produk dan / atau menggunakan perkhidmatan kami, dan / atau

  3. menyebabkan kami tidak dapat untuk memaklumkan kepada anda tentang produk , perkhidmatan, promosi, acara, dan / atau pelancaran mutakhir kami.

Pemindahan Data Peribadi

Sekiranya kami menganggap sebagai perlu atau sesuai bagi tujuan penyimpanan data atau pemprosesan atau menyediakan apa-apa perkhidmatan atau produk bagi pihak kami kepada anda, kami boleh memindahkan Data Peribadi anda kepada ahli Kumpulan kami atau perkhidmatan pihak ketiga atau pembekal produk di dalam atau di luar negara di mana ia ditubuhkan, di bawah syarat-syarat kerahsiaan dan tahap perlindungan keselamatan yang sama.

Pengubahsuaian

Kami berhak mengubah dan / atau meminda terma Notis ini dari semasa ke semasa tanpa notis terlebih dahulu dengan meletakkan Notis yang telah dikemaskini di laman web kami. Penggunaan perkhidmatan atau interaksi atau komunikasi dengan kami secara berterusan oleh anda berikutan apa-apa pengubahsuaian atau pindaan kepada Notis ini adalah bukti pemenerimaan anda terhadap apa-apa pengubahsuaian atau pindaan.

Pihak Ketiga

Kami boleh meminta bantuan anda untuk mendapatkan persetujuan pihak ketiga yang mana data peribadinya diberikan oleh anda kepada kami dan anda dengan ini bersetuju untuk berusaha sebaiknya untuk berbuat demikian.

Bahasa

Notis Privasi ini dikeluarkan kepada semua pelanggan/ bakal pelanggan kami yang dihargai, selaras dengan keperluan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Jika terdapat apa-apa percanggahan antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia notis ini, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.

Persetujuan Data Subjek

Dengan melaksanakan apa-apa tindakan yang berikut yang disenaraikan di bawah, anda dengan ini bersetuju dengan terma dan dasar-dasar yang dinyatakan dalam Dasar Privasi ini:

  1. melanggan surat berita kami; dan / atau

  2. menghantar e-mel kepada kami untuk sebarang bentuk pertanyaan, sokongan atau surat-menyurat.

See English version (Baca versi Bahasa English)